19 january- a time when writer's block made me write what i thought, but not really as beautifully as i had hoped . on my other blog it's drafted together with the previous post as "some things during the exams"
mungkin
mungkin lebih baik aku
membaca daripada menulis
berdiam mendengar daripada berkata
mencari daripada menyebarkan
menerima nasihat daripada memberi nasihat
tidur daripada melakukan perkara lain
menyendiri daripada berdakwah
berjenaka daripada serius
kerana
-kurangnya kemampuanku, ilmuku, lemahnya diri ini
-aku jadi takut dengan kehidupan dunia, kerana setiap kesalahan kita akan dikira, berapa kalikah aku membuat silap dalam sehari? sekecil2 terasa hati rakan2ku, kepada sebesar2 tidak puas hati rakanku juga, yang mungkin tidak memaafkanku...belum lagi kesalahan mata melihat yang tak elok, lidah yang berkata lebih dari berzikir, pemikiranku, etc etc, ya Allah ya tuhanku..
terang-terang disebut di dalam Al- Quran :-
"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! " (al-zilzal 7-8)
-aku takut hatiku bertukar arah, memberi sesuatu bukan untuk akhirat, tetapi untuk dunia... mencari redha dan pujian manusia daripada keredhaan Allah
aku cuba menghayati ayat2 ini,
"Tetapi kamu memilih kehidupan dunia.Sedangkan akhirat itu lebih baik dan kekal" (al- a'la 17)
sungguhpun ada benar kata2 ini, ingatlah wahai diriku,
"Tuhanmu tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci ".(adh-dhuha 3) -- maka janganlah aku pula meninggalkan Tuhanku dan nauzubillah..
"Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya." - adh dhuha 11
"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (as-shaff 11)
"Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna).Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu. Tetapi orang yang malang akan menjauhkan diri daripadanya" ( al- a'la 9-11)
bila difikirkan balik, manfaat memberi lebih baik daripada tidak memberi, kerana kita tetap hidup di dunia ini, bersama ramai orang lain yang mungkin memerlukan nasihat dan pertolongan kita
- penghayatan aku terhadap ayat ini tidak lengkap
"Tetapi kamu memilih kehidupan dunia.Sedangkan akhirat itu lebih baik dan kekal" (al- a'la 17)
ada baiknya membaca, berdiam, mencari, menerima nasihat, tidur, menyendiri, dan berjenaka.tetapi amal ibadahku boleh ditambah. pasti boleh. tentu boleh. InsyaAllah. jika tidak, diamku akan jadi diam sahaja,tidurku hanya akan jadi tidur...bukankah itu sudah memilih dunia juga?
nasihatilah aku, ingatkanlah aku...
my solution (maybe a resolution?) : tawakal.. 'bagaikan berjalan di atas bara api'.. perlahan2 dan berhati2, insyaAllah. bak kata jimi housemateku "slow- slow" (byk dia guna perkataan ni,hehe).
*atas permintaan sahabat juga, elemen da'wah yang kelihatan mcm da'wah sikit. da'wah itu mcm2. i think living as a muslim is already da'wah on it's own. 'berjenaka' might turn out to be my way of da'wah!
seorang sahabat pernah menanyaku, adakah bermanfaat dia meminta keampunan Allah, sedangkan kesilapan itu diulanginya berulang kali.
wahai sahabatku, tahukah engkau mengapa kita membaca al-Quran sedangkan kita tidak memahaminya?
setiap perkara pasti ada permulaan,
mungkin kita tidak nampak apa manfaatnya sekarang, tapi hanya Allah yang Maha Mengetahui.
marilah kita terus berusaha,
insyaAllah satu hari nanti, akan makbul doa2 kami.
"Maka sesungguhnya tiap2 kesusahan disertai kemudahan.
sesungguhnya tiap2 kesusahan disertai kemudahan.kemudian apabila engkau telah selesai, maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (al- insyirah 5-8)"
Friday, May 4, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment