Monday, June 18, 2007

Ceramah pengurusan cinta dan cinta zaman sekarang

Tak lama dulu, saya mendengar ceramah bertajuk pengurusan cinta. Ustaz mana, tak pasti, tapi ikut suara agaknya dia agak muda juga. Bagus ceramah dia. Minta maaf klu sy tak dapat nak share kat internet sebab kurang reti men'share' file suara.

Apa yang sy belajar dari situ, cinta ni memang normal, indah dan dilalui semua orang. Bila bincang agam, terus akan teringat cinta Ilahi. Masa lain, mostly, agaknyalah, atau mungkin sy je anggap begitu, akan terfikir cinta antara lelaki dan perempuan.
Antara contoh yg sy suka, ustaz tu cerita bila ada org bagitau seorang sahabat Nabi bahawa anaknya jatuh cinta dengan seorang perempuan, reaksi sahabat itu ialah dengan mengatakan "Alhamdulillah, anakku telah mengikut fitrah yg betul"..er..lebih kuranglah. Atau "Alhamdulillah, normal anak aku nih". Ada lagi contoh2 yang best, tapi sy takut off-topic.

Apapun, kesimpulan yang ustaz tu cadangkan kat orang yang jatuh cinta ni, kalau anda benar2 jatuh cinta pun, sebaik2nya rahsiakanlah dari perempuan (sori,sy nak guna situasi sy) itu, supaya tak terganggu fikiran dia. Kalau terganggu susah, bayangkan solat dia tak khusyuk, terlalai ke, lambat sebab fikirkan kita atau masalah yang kita bawa.
Kalau nak cerita, ceritakanlah kepada orang yang boleh dipercayai, yang boleh simpan rahsia ke..

Saya sendiri pernah mengalami perasaan 'suka' pada seseorang. Pada usia mencecah 23 ni, dengan pengalaman belajar dalam suasana co-ed lebih kurang 8 tahun, ini perkara biasa. Bukan sekali, tetapi berkali-kali. Kalau nak kira, susah juga, ada yang setakat perasaan yang terbawa2, sekali sahaja yang serious sungguh saya, sehingga saya pernah approach dia, masyaAllah..
Alhamdulillah, tak jadi apa2 antara kami. Mungkin ketika itu saya pun baru mengenal perempuan, dan perasaan sebegitu, dan sy belum cukup matang lagi. Mengorat pun tak reti, hehe.

Itu cerita dulu. Balik ke topik asal, cinta tetap menjadi masalah untuk rakan-rakan dan sy sendiri. Sebagai contoh:
Ada sepasang rakan sy yang dah 4 tahun berkenan sesama sendiri. Tetapi family mereka di malaysia tidak membenarkan mereka berkahwin lagi, alasannya banyak - mereka masih belajar- perlu concentrate, susah menjaga anak jika 'ter'beranak, susah nak kumpul family,
Duit tak ada untuk biaya majlis (agaknye, lojik saja sebab majlis kahwin 2 doktor, masyarakat kita mesti meng'expect' majlis besar-besaran, kalau tak ada insan kasihan yang akan mengata dan mendapat dosa free, family pulak jatuh muka)
Nak kahwin di sini pun tak boleh, family tak ada sini, jauh sangat. Bukan senang untuk mereka kahwin, kerana restu belum ada.
Dari segi perhubungan, 2-2 family dah tahu perhubungan mereka. Mereka semua orang baik. Pelajaran agama dan amalannya mereka faham dan ikut.
Tapi saya pelik dengan satu perkara, family mereka pula yang galakkan mereka bercouple. Sebab senang kot. Couple yang direstui keluarga. Nak tunang pun tak nak, sebab takut rapat sangat agaknya. Tetapi, mereka memang dah rapat pun. Perasaan cinta antara mereka dah tertanam kuat, 3 tahun lamanya.
Memang, saya yakin, insyaAllah mereka boleh jaga diri mereka baik2, elak terterlanjur atau apa2. Tetapi bahagianain sudah kurang terjaga. Mereka sudah selalu berdua-duaan, selalu bersama. Sekali tengok, macam dah berkahwin.
Sebenarnya ramai je yang macam ni, malah lagi teruk pun ada. Tapi pasangan ni saya kenal rapat, dan saya tau mereka baik, dari banyak segi - sifat, akhlak, pengetahuan agama.

Di tempat saya, ramai je yang dah 'cop' pasangan mereka begini. Secara personal, saya tak setuju. Tapi saya faham susahnya nak elakkan perasaan macam, jadi saya tak dapat nak tegur.agipun takde gunanya saya tegur kalau tak membantu, malah membuat mereka anti terhadap saya.

Setakat ni hanya sepasang sahaja yang sudah berkahwin, Alhamdulillah, kerana mereka takut bercinta lama2 tanpa hubungan nikah.
Tapi bagaimana pula dengan mereka yang berlainan umur? Kalau kahwin pun terpaksa berpisah bertahun2. Susah di sini, gaji kerja rendah dan visa pun susah.
Rakan saya, seorang sudah bertunang dengan orang malaysia. Dia seorang yang baik, tunangnya pun tak kurang juga. masing2 berkebolehan menjadi da'ie yang hebat. Tetapi pertunangan mereka bertahun2, tak ada tarikh tetap perkahwinan. Rakan saya sendiri pun kata mungkin 2-3 tahun lepas graduate baru kahwin, tapi entahla, mungkin terus lepas belajar kalau ada rezeki, tetapi masih lama. Sudahnya dia sekarang lebih kerap ber-sms, chatting dan macam2 lagi lah cara lain mengcontact tunang dia. Sy tak tau betul ke tak cara ni. Kalau sebelum bertunang ni, kalau nak berjiwang2 pun dia sendiri2, sekarang dia bercinta dengan tunang dia.

Ada saja yang cuba elak bercinta, tapi tak taula, ada yang mencari tapi tak dapat kot, ada yang layan perempuan macam orang bercinta, tetapi tak mengaku, kata kawan saja, ambil adik angkat la, entahla, mungkin perasaan saya saja, sebab sy takkan cakap sebegitu, tapi untuk mereka itu perkara biasa. Zaman ini, kita boleh cakap terus je kalau ada apa2. Selagi tak, cakap je la apa saja apa salahnya- lebih kurang macamtula kata rakan saya.

Nampaknya sudah panjang sangat sy melalut. Sekadar renungan saya, harap2 takde yang sakit hati kalau terbaca, saya tak harap nak mengumpat atau nak mengata, mengutuk sesape, rakan2 atau orang asing. Cuma saya rasa boleh diambil pengajaran, dan dicari penyelesaian kalau ada sesape yang boleh membantu

Sekian